Axi Menjemput Pedagang untuk Meneroka Program Dana Mereka dengan Akses Awal Percuma dan Faedah Perkongsian Keuntungan
Semua pedagang Axi Select yang baharu dan sedia ada boleh menikmati tawaran perkongsian keuntungan 10% masa terhad pada sepanjang peringkat pertama program pada bulan Ogos ini
SYDNEY, June 20, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Axi, pembroker FX dan CFD dalam talian yang terkemuka, membawakan kembali promosi istimewa tahun lalu dalam penawaran peruntukan modalnya, yang mengundang lebih ramai pedagang untuk menikmati faedah Axi Select.
Sepanjang bulan Ogos 2025, semua klien Axi Select yang baharu dan sedia ada dalam Seed – peringkat pertama program tersebut – akan menerima akses ke atas modal dagangan berjumlah $5,000 dan menikmati peluang perkongsian keuntungan 10% yang lumayan pada akhir bulan. Promosi unik ini membolehkan pedagang bukan sahaja menyertai program dagangan dana broker secara percuma, malah turut menikmati peluang perkongsian keuntungan eksklusif yang kebiasaannya tidak tersedia pada peringkat pertama.
Perkongsian keuntungan pada kebiasaannya tidak ditawarkan di Seed. Pada peringkat ini, pedagang fokus untuk mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menggunakan Bilik Dagangan dan Papan Pemuka Axi Select. Walau bagaimanapun, apabila mereka mara ke Inkubasi – peringkat kedua Axi Select – struktur tersebut akan ketara berubah dengan pedagang layak untuk perkongsian keuntungan 40% daripada dana Axi yang akan meningkat sehingga 90% apabila mencapai titik penting tertinggi program itu.
Tawaran masa terhad ini bertujuan untuk mempamerkan potensi Axi Select yang luar biasa kepada lebih ramai pedagang yang berbakat dan bercita-cita tinggi. Seperti yang dikatakan oleh Greg Rubin, Ketua Axi Select: “Pada bulan Ogos, kami menjemput pedagang baharu dan sedia ada untuk meneroka inovasi yang terdapat pada Axi Select. Axi Select bukan sekadar berjanji kosong untuk berjaya – malah ramai pedagang telah pun berjaya memperoleh jumlah dana tertinggi sebanyak $1,000,000 USD. Program revolusioner kami yang berpusatkan pedagang menyediakan semua alatan dan sokongan yang diperlukan untuk membimbing perjalanan perdagangan anda.”
Penyertaan dalam promosi ini adalah percuma dan tidak melibatkan sebarang yuran – syarat utama untuk pedagang baharu ialah untuk mencipta akaun Axi Select mereka, mendanainya dengan sekurang-kurangnya $500 dan melayakkan diri ke peringkat Seed sebelum atau semasa tempoh promosi. Dagangan yang ditempatkan dalam akaun Axi Select seseorang akan ditunjukkan dalam akaun peruntukan mereka dengan semua keuntungan yang dihasilkan daripada aktiviti dagangan sepanjang tempoh ini akan tertakluk kepada perkongsian keuntungan 10% – dibayar secara automatik pada akhir bulan. Klien sedia ada dalam Seed akan mengambil bahagian secara automatik dengan menempatkan dagangan antara 1hb dan 31hb Ogos. Ketahui lebih lanjut mengenai program peruntukan modal Axi Select di sini.
Mengenai Axi
Axi merupakan sebuah syarikat dagangan FX dan CFD dalam talian global, dengan ribuan pelanggan di lebih dari 100 buah negara di seluruh dunia. Axi menawarkan CFD untuk beberapa kelas aset termasuk Forex, Saham, Emas, Minyak, Kopi dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ulasan tambahan daripada Axi, sila hubungi: mediaenquiries@axi.com
Program Axi Select hanya tersedia untuk pelanggan AxiTrader Limited. CFD membawa risiko kerugian pelaburan yang tinggi. Dalam urusan kami bersama anda, kami akan bertindak sebagai rakan niaga utama kepada semua posisi anda. Kandungan ini tidak tersedia untuk penduduk AU, NZ, EU dan UK. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Perkhidmatan kami. *Yuran dagangan standard dan deposit minimum dikenakan.

Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
